| Kelab Petanda Kuala Kangsar Lakar Sejarah |
|
|
|
| Ditulis oleh A.J.K Biro Seranta |
| Khamis, 07 Januari 2010 03:35 |
|
Sepanjang pendakian berbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi sehingga ada dikalangan pendaki yang hampir putus asa tetapi dengan semangat yang kental semua ahli yang menyertai pendakian berjaya hingga ke puncak tanpa ada seorang pun yang terkandas. Ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi kelab ini dan diharap pada masa akan datang aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi dengan lebih banyak penyertaan di kalangan ahli. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat menaikkan lagi nama Kelab Petanda Kuala Kangsar malahan setiap ahli yang menyertainya dapat melupakan sedikit sebanyak masalah dan bebanan tempat kerja dan ia juga adalah aktiviti yang sihat.
Majlis Pelepasan Ekspidisi pada 23 Disember 2009
|
| Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 19 Mac 2010 03:47 |